Aishah Rahman

Partnership & Student Acquisition (Marketing)

Kolaborasi & Pemerolehan Pelajar (Pemasaran)

Aishah Rahman works in education marketing, where she combines data-driven decision-making with creative storytelling to engage prospective students and families. With a Bachelor in Accountancy and a strong interest in communication and brand building, she brings a thoughtful and strategic perspective to student acquisition and community engagement.

Aishah is deeply passionate about storytelling and strategic marketing, particularly in creating authentic connections between educational institutions and the communities they serve. She enjoys understanding audience behaviour, crafting compelling narratives, and developing campaigns that inspire confidence and trust among prospective students and parents. She is also passionate about lifelong learning and believes that effective communication has the power to inform, inspire, and create positive change.

Looking ahead, Aishah hopes to continue learning and evolving in the ever-changing field of marketing. She enjoys finding creative ways to engage audiences, tell impactful stories, and build awareness around educational opportunities. Her goal is to help families make informed decisions about their children's education while contributing to initiatives that support student growth and success. Through her work, she aims to create meaningful connections that resonate with communities and support the mission of making quality education more accessible and impactful.

Outside of her professional pursuits, Aishah enjoys reading, which allows her to broaden her knowledge, discover new perspectives, and stay inspired by different ideas and experiences. She is also an enthusiastic café hopper, appreciating the creativity, ambience, and unique stories behind different cafés. These interests provide opportunities for reflection, inspiration, and personal growth, while fuelling her curiosity about people, culture, and the world around her.


Aishah Rahman bertugas dalam bidang pemasaran pendidikan, menggabungkan pendekatan berasaskan data dengan penceritaan kreatif untuk berinteraksi dengan bakal pelajar dan keluarga mereka. Dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta minat yang mendalam terhadap komunikasi dan pembangunan jenama, beliau membawa perspektif yang strategik dalam usaha pemerolehan pelajar serta pelibatan komuniti.

Aishah amat meminati bidang penceritaan dan pemasaran strategik, khususnya dalam mewujudkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti. Beliau gemar memahami tingkah laku audiens, menghasilkan naratif yang menarik, serta membangunkan kempen yang mampu membina keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan bakal pelajar dan ibu bapa. Beliau juga percaya terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan yakin bahawa, komunikasi yang berkesan akan dapat memberi maklumat, inspirasi serta membawa perubahan yang positif.

Pada masa hadapan, Aishah berharap untuk terus belajar dan berkembang dalam dunia pemasaran yang sentiasa berubah. Beliau berminat untuk meneroka pendekatan baharu dalam menarik perhatian audiens, menyampaikan kisah yang bermakna, dan meningkatkan kesedaran tentang peluang pendidikan. Matlamat beliau adalah untuk membantu keluarga membuat keputusan yang lebih yakin dan tepat tentang pendidikan anak-anak mereka dan menyumbang kepada inisiatif yang menyokong perkembangan serta kejayaan pelajar. Melalui kerjayanya, beliau berhasrat untuk membina hubungan yang bermakna dengan komuniti dan menyokong usaha untuk menjadikan pendidikan berkualiti lebih mudah diakses serta memberi impak yang berpanjangan.

Di luar kerjaya profesionalnya, Aishah gemar membaca untuk menerokai perspektif baharu, dan memperoleh inspirasi daripada pelbagai idea serta pengalaman. Beliau juga gemar meneroka kafe-kafe baharu, menghargai kreativiti, suasana, dan keunikan yang ditawarkan di setiap kafe. Minat ini memberi ruang untuk refleksi diri, inspirasi, dan perkembangan peribadi, di samping menyemai rasa ingin tahu terhadap manusia, budaya, dan dunia di sekelilingnya.