Arrthy Muthamil Selvan
Subject Facilitator
Fasilitator Mata Pelajaran

Arrthy Muthamil Selvan is a passionate educator and musician dedicated to empowering students through creative learning. She holds a bachelor's degree in education (TESL) and is currently pursuing her master's in education (TESL), focusing on innovative approaches to enhance student engagement. As a mathematics teacher, she enjoys developing her own formulas and strategies to simplify complex concepts, making math accessible and enjoyable for her students.
In addition to her academic background, Arrthy graduated in music in 2020 and completed a short course in India, further deepening her knowledge and appreciation for the art. With over 16 years of experience in music, she plays several instruments, including the veenai, guitar, and violin. For the past 5 years, she has been sharing her love for music by teaching these instruments and helping students explore their creative potential.
Both music and education are central to Arrthy's life, and she believes that learning in both areas promotes discipline, creativity, and self-expression. Whether teaching math or music, her goal is to inspire her students and build their confidence in their abilities. She strives to create a supportive and engaging learning environment where students feel encouraged to explore and grow.
Her dual experience in education and music allows her to connect with students on multiple levels, helping them develop both intellectually and creatively. Committed to lifelong learning, Arrthy continuously seeks ways to enrich her teaching, fostering a love for learning in her students whether through numbers, alphabets or melodies.
Arrthy Muthamil Selvan ialah seorang pendidik dan ahli muzik yang berdedikasi untuk memperkasakan pelajar melalui pembelajaran kreatif. Beliau memiliki ijazah sarjana muda pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Fokusnya adalah terhadap pendekatan inovatif bagi meningkatkan penglibatan pelajar. Sebagai seorang guru matematik, beliau gemar membangunkan formula dan strateginya sendiri untuk memudahkan konsep yang kompleks, menjadikan matematik boleh diakses dan menyeronokkan untuk pelajarnya.
Selain latar belakang akademiknya, Arrthy menamatkan pengajian dalam bidang muzik pada tahun 2020 dan menamatkan kursus jangka pendek di India, seterusnya meningkatkan pengetahuan dan penghayatannya terhadap seni muzik. Dengan lebih 16 tahun pengalaman dalam bidang muzik, beliau telah bermain beberapa instrumen, termasuk veenai, gitar, dan biola. Sepanjang 5 tahun lalu, beliau telah berkongsi minat terhadap muzik dengan mengajar instrument muzik dan membantu pelajar meneroka potensi kreatif mereka.
Kedua-dua bidang muzik dan pendidikan menjadi teras dalam kehidupan Arrthy, dan beliau percaya bahawa pembelajaran dalam kedua-dua bidang ini akan menggalakkan disiplin, kreativiti dan ekspresi diri. Sama ada bidang matematik atau muzik, matlamatnya adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar dan membina keyakinan mereka terhadap kebolehan diri. Beliau berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan menarik untuk mendorong pelajarnya meneroka dan berkembang.
Pengalaman dalam bidang pendidikan dan muzik membolehkannya berhubung dengan pelajar di pelbagai peringkat, membantu mereka berkembang secara intelek dan kreatif. Komited terhadap pembelajaran sepanjang hayat, Arrthy sentiasa mencari cara untuk memperkayakan pengajarannya, memupuk minat belajar dalam diri pelajar, sama ada melalui nombor, abjad atau melodi.