Esmael Yahya Bin Mohamed Yusof
Academic Coordinator
Koordinator Akademik

Esmael Yahya bin Muhamed Yusof is an educator with an MSc in Education Leadership and Management from the University of Southampton, United Kingdom. At 38, and originally from Kampung Baru, Kuala Lumpur, he brings a thoughtful, learner-centred perspective to education, with a strong interest in leadership and facilitation.
Esmael is deeply passionate about education, particularly in supporting learners through adult learning and guided facilitation. He finds fulfilment in helping individuals move from uncertainty to confidence and is motivated by seeing learners grow, improve, and reach their full potential. He strongly believes in lifelong learning and continuous professional development as essential elements of personal and professional growth.
Looking ahead, Esmael aims to expand his expertise in innovative assessment for learning and experiential learning approaches. He aspires to inspire both educators and learners through meaningful, learner-centred experiences, while contributing positively to the education community through leadership, mentoring, and training. He is also committed to creating accessible and supportive spaces where students—especially those interested in the arts—can explore their passions without financial barriers.
Outside of his professional work, Esmael enjoys playing pickleball to maintain physical fitness, focus, and quick decision-making skills. He also engages in online gaming to sharpen mental alertness, reflexes, and strategic thinking. In addition, he enjoys dancing and teaching traditional dances, which allows him to reconnect with his cultural roots while contributing to the preservation of cultural identity in the modern world.
Esmael Yahya bin Muhamed Yusof merupakan seorang pendidik yang memiliki Ijazah Sarjana dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan dari University of Southampton, United Kingdom. Berusia 38 tahun dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, beliau membawa pendekatan pendidikan yang berfokuskan murid, dengan minat mendalam terhadap kepimpinan, pemudahcaraan dan pembelajaran dewasa.
Esmael sangat berminat dalam bidang pendidikan, khususnya dalam membantu pelajar beranjak daripada rasa tidak pasti kepada menjadi lebih yakin melalui bimbingan yang terancang dan sokongan berterusan. Beliau ingin melihat perkembangan, peningkatan dan pencapaian potensi individu, serta berpegang teguh kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional berterusan.
Dari segi aspirasi masa depan, Esmael berhasrat untuk memperluaskan kepakaran dalam pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran serta pembelajaran berasaskan pengalaman. Beliau juga bercita-cita untuk memberi inspirasi kepada pendidik dan murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berpusatkan murid, di samping memberi sumbangan positif kepada komuniti pendidikan melalui kepimpinan, pementoran dan latihan. Selain itu, beliau komited untuk menyediakan ruang pembelajaran yang mudah diakses dan menyokong, khususnya bagi murid yang ingin menerokai bidang seni melangkaui batas kewangan.
Di luar bidang pendidikan, Esmael gemar bermain pickleball bagi mengekalkan kecergasan fizikal, fokus dan kemahiran membuat keputusan yang pantas. Beliau juga meminati permainan dalam talian untuk meningkatkan kecekapan mental, refleksi dan pemikiran strategik. Selain itu, beliau aktif dalam tarian tradisional serta mengajar tarian warisan sebagai usaha untuk mendekati akar budaya dan membantu memelihara identiti budaya di dunia moden.