Nadhirah Zainal Rashid
Partnership & Student Acquisition (Partnership)
Kolaborasi & Pemerolehan Pelajar (Kolaborasi)

Nadhirah is an education and social impact professional with an MSc in Global Governance and Ethics from University College London. At 31, she brings a forward-thinking perspective to education, driven by a commitment to creating meaningful change through collaboration, innovation, and ethical leadership.
Nadhirah is deeply passionate about child protection and safeguarding, believing that every learner deserves a safe and supportive environment to grow and thrive. She is equally committed to building meaningful collaborations that bring together diverse stakeholders to achieve shared goals, while leveraging technology as a powerful tool for positive social impact. Her work is guided by the belief that strong partnerships and innovative solutions can transform educational experiences and outcomes.
Looking ahead, Nadhirah aspires to establish strategic and sustainable partnerships that create lasting value for students, educators, and communities. She is also focused on positioning SAM as a pioneering digital school, embracing innovation and technology to enhance learning, strengthen engagement, and prepare students for an increasingly connected world.
Outside of her professional pursuits, Nadhirah enjoys practising yoga, which helps cultivate balance, mindfulness, and well-being. She is also an avid film enthusiast, appreciating the power of storytelling and diverse perspectives that films offer, while finding inspiration and relaxation through cinema.
Nadhirah, profesional dalam bidang pendidikan dan impak sosial memiliki Ijazah Sarjana (MSc) dalam Global Governance and Ethics daripada University College London. Pada usia 31 tahun, beliau membawa perspektif yang progresif dalam dunia pendidikan, didorong dengan komitmen untuk membawa perubahan bermakna melalui kolaborasi, inovasi dan kepimpinan beretika.
Nadhirah amat meminati bidang Pelindungan dan Keselamatan Kanak-Kanak (Child Protection and Safeguarding), dengan keyakinan bahawa, setiap pelajar berhak berada dalam persekitaran yang selamat dan menyokong untuk berkembang serta mencapai potensi diri. Beliau juga komited dalam membina kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mencapai matlamat bersama, di samping memanfaatkan teknologi sebagai pemangkin kepada impak sosial yang positif. Berpandukan kepercayaan bahawa perkongsian strategik dan penyelesaian inovatif mampu mentransformasikan pengalaman serta hasil pembelajaran.
Nadhirah berhasrat untuk mewujudkan perkongsian strategik dan mampan yang memberikan nilai jangka panjang kepada pelajar, pendidik dan komuniti. Aspirasi beliau adalah untuk meletakkan SAM sebagai sebuah sekolah digital yang menerajui inovasi dan menggunakan teknologi dalam pendidikan, sekali gus memperkayakan pengalaman pembelajaran, mengukuhkan pelibatan komuniti sekolah dan mempersiapkan pelajar untuk menghadapi dunia yang saling berhubung.
Di luar bidang kerjaya, Nadhirah gemar mengamalkan yoga bagi mengekalkan keseimbangan, ketenangan minda dan kesejahteraan diri. Beliau juga gemar menonton filem yang mempunyai kekuatan penceritaan dan kepelbagaian perspektif melalui karya sinematik, untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi dan rekreasi.