Noor Suhaila Binti Ahmad

Chief Operations & Support Services

Ketua, Operasi & Sokongan

Suhaila is an accounting graduate from Universiti Teknologi MARA (UiTM) with more than 25 years of experience in financial management and procurement across multiple industries. Throughout her career, she has developed extensive expertise in finance, operational planning, and organisational management, enabling her to navigate complex business environments with confidence and strategic insight. Her diverse industry exposure has equipped her with the ability to balance detailed financial oversight with a broader understanding of organisational growth and sustainability.

In her current leadership role, Suhaila oversees the Finance, Technology, and Human Resources functions, bringing together financial discipline, operational efficiency, and people-centred leadership. She is recognised for her ability to align business objectives with practical solutions, while fostering a collaborative and high-performing workplace culture. Passionate about people development, she places strong emphasis on mentorship, continuous learning, and empowering individuals to achieve their full potential. Her leadership approach combines analytical thinking with a holistic perspective, allowing her to drive innovation while maintaining a strong focus on organisational effectiveness.

Looking ahead, Suhaila aims to continue contributing to organisational excellence through strategic innovation, continuous improvement, and talent development. She is committed to building agile and future-ready organisations that can adapt to evolving challenges while maintaining a strong people-first culture. Through her leadership, she hopes to support sustainable growth, strengthen operational capabilities, and create environments where individuals and teams can thrive.

Outside of her professional responsibilities, Suhaila is actively involved in welfare and community initiatives, finding fulfilment in supporting causes that create positive social impact. She is also passionate about the culinary arts and enjoys cooking as a creative and rewarding outlet. For Suhaila, food is a meaningful way to bring people together, strengthen relationships, and create lasting memories with family and friends.

Suhaila merupakan graduan Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan dan perolehan merentasi pelbagai industri. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membangunkan kepakaran yang luas dalam bidang kewangan, perancangan operasi, dan pengurusan organisasi, membolehkan beliau mengendalikan persekitaran perniagaan yang kompleks dengan keyakinan, serta pandangan strategik yang kukuh. Pengalamannya yang merentasi pelbagai sektor turut memberi keupayaan untuk mengimbangi pengawasan kewangan yang terperinci dengan pemahaman menyeluruh terhadap pertumbuhan dan kelestarian organisasi.

Dalam peranan kepimpinan semasanya, Suhaila bertanggungjawab menyelia fungsi Kewangan, Teknologi, dan Sumber Manusia, menggabungkan disiplin kewangan, kecekapan operasi, dan kepimpinan yang berteraskan pembangunan insan. Beliau dikenali kerana keupayaannya menyelaraskan objektif organisasi dengan penyelesaian yang praktikal, di samping memupuk budaya kerja yang kolaboratif dan berprestasi tinggi. Bersemangat dalam pembangunan bakat, beliau memberi penekanan kepada bimbingan, pembelajaran berterusan, dan memperkasakan individu untuk mencapai potensi terbaik mereka. Pendekatan kepimpinannya menggabungkan pemikiran analitikal dengan perspektif menyeluruh, membolehkannya memacu inovasi sambil mengekalkan fokus terhadap keberkesanan organisasi.

Suhaila berhasrat untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan organisasi melalui inovasi strategik, penambahbaikan berterusan, dan pembangunan bakat. Beliau komited dalam membina organisasi yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan, dan pada masa yang sama dapat mengekalkan budaya kerja yang mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan individu. Melalui kepimpinannya, beliau berharap dapat menyokong pertumbuhan yang mampan, memperkukuh keupayaan operasi, serta mewujudkan persekitaran yang membolehkan individu dan pasukan berkembang dengan cemerlang.

Di luar tanggungjawab profesionalnya, Suhaila aktif terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, serta memperoleh kepuasan melalui usaha membantu golongan yang memerlukan dan menyokong inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam terhadap seni kulinari dan gemar memasak sebagai aktiviti kreatif yang memberi ketenangan. Bagi Suhaila, makanan merupakan medium yang bermakna untuk mengeratkan hubungan, menyatukan keluarga dan rakan-rakan, serta mencipta kenangan yang berkekalan.