Shahnaz Al- Sadat
Managing Director
Pengarah Urusan
Shahnaz, a significant shareholder and the current non-executive Chairperson of LeapEd, is now also leading Sekolah Anak Malaysia as the Managing Director.
Her life objective is investing in developing society in general and building the nation specifically. She firmly believes that education reform and talent development are crucial to the success of society and the country.
As Executive Director of Strategic Human Capital Management in Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) in 2010, she had the opportunity to set up LeapEd as an education solutions provider to the mission of transforming Malaysian Government schools in partnership with Yayasan AMIR and the Ministry of Education.
She has been involved in the development of the Trust Schools Programme (“TSP”) from its inception. TSP is a successful nationwide demonstration of schools' transformation to develop students with holistic outcomes.
In 2016, Shahnaz served as Managing Director of LeapEd and in 2020, joined the Management Buy-Out (“MBO”) of LeapEd. With over three decades of diverse career experience, including 10 years in Arthur Andersen, a further 10 years in Government-Linked Corporations, and the last 10 years as a social entrepreneur, Shahnaz has performed wide-ranging roles, including being an Auditor, a Risk Management Consultant, a Chief Financial Officer, a Chief Internal Auditor, an Investment Director, a Head of ICT, and a Chief Talent Officer.
She also co-founded arise Asia, a social enterprise set up to help other people do good, and served as the Founding Trustee of Teach for Malaysia. Her expertise lies in implementation and transformation. Shahnaz holds an LL.B (Hons) from the University of Nottingham, United Kingdom, and an MBA from the International Institute for Management Development (IMD) Lausanne, Switzerland.
She is also a Certified Public Accountant (CPA) and Certified Internal Auditor (CIA). Outside of work, Shahnaz enjoys motherhood, loves spending quality time with her daughter, and traveling to random places in her (limited) free time.
Shahnaz, pemegang taruh dan pengarah bukan eksekutif LeapEd, kini turut menerajui Sekolah Anak Malaysia sebagai Pengarah Urusan. Matlamat hidup beliau adalah membuat pelaburan kepada masyarakat secara umum dan membina bangsa secara khasnya.
Beliau percaya bahawa pembentukan semula pendidikan dan pembinaan bakat adalah penting untuk kejayaan sesebuah masyarakat dan negara. Sebagai Pengarah Eksekutif Pengurusan Modal Insan Strategik di Khazanah Nasional Berhad ("Khazanah") pada tahun 2010, beliau berpeluang untuk menubuhkan LeapEd sebagai penyedia penyelesaian pendidikan bagi misi mentransformasikan sekolah-sekolah awam di Malaysia dengan kerjasama Yayasan AMIR dan Kementerian Pendidikan.
Beliau terlibat dalam pembangunan Program Sekolah Amanah ("PSA") sejak penubuhannya. PSA merupakan program transformasi sekolah yang telah berjaya di seluruh negara untuk membangunkan murid dengan keberhasilan yang holistik.
Pada tahun 2016, Shahnaz telah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan LeapEd dan pada tahun 2020, telah terlibat dalam pembelian pengurusan (MBO) LeapEd.
Dengan pelbagai pengalaman lebih tiga dekad, termasuk 10 tahun di Arthur Andersen, 10 tahun di Syarikat Berkaitan Kerajaan, dan 10 tahun sebagai penyedia perkhidmatan sosial, Shahnaz telah menjawat pelbagai jawatan, termasuk sebagai Juruaudit, Perunding Pengurusan Risiko, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Juruaudit Dalaman, Pengarah Pelaburan, Ketua ICT dan Ketua Pegawai Pembangunan Bakat.
Beliau juga merupakan pengasas bersama Arise Asia, sebuah perusahaan sosial yang ditubuhkan untuk membantu orang lain melakukan kebaikan, dan berkhidmat sebagai Pemegang Amanah Pengasas Teach for Malaysia. Kepakaran beliau adalah terhadap pelaksanaan dan transformasi. Shahnaz memegang LL.B (Hons) dari University of Nottingham, United Kingdom, dan MBA dari International Institute for Management Development (IMD) Lausanne, Switzerland. Beliau juga merupakan Akauntan Awam Bertauliah (CPA) dan Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA). Di luar bidang kerjaya, Shahnaz adalah seorang ibu, yang gemar meluangkan masa berkualiti bersama anak perempuannya, dan pada waktu lapang (yang terhad), beliau gemar melancong ke tempat-tempat yang menarik.