Syafiq Tahir

Partnership & Student Acquisition (Outreach)

Kolaborasi & Pemerolehan Pelajar (Outreach)

Syafiq Tahir works in education management, where he combines strategic planning, operational oversight, and a strong commitment to student development to create meaningful learning experiences. With a Degree in Accounting from Universiti Teknologi MARA, he brings a practical and results-oriented perspective to education, ensuring that programmes and initiatives are designed to support both student success and institutional growth.

Syafiq is deeply passionate about helping students grow and reach their full potential. He finds fulfilment in seeing students gain confidence, develop new skills, and achieve their goals throughout their educational journey. He also enjoys working in dynamic and challenging environments where he can contribute to meaningful outcomes, solve problems, and make a positive impact on the lives of learners and the wider community.

Looking ahead, Syafiq aspires to expand the reach and impact of SAM so that more students can benefit from its educational opportunities and supportive learning environment. He is committed to continuously enhancing programmes and initiatives that foster student growth, personal development, and academic success. Through his work, he hopes to contribute to an education ecosystem that empowers students to thrive and prepares them for future challenges and opportunities.

Outside of his professional responsibilities, Syafiq enjoys playing the mobile game Pokémon GO and collecting Pokémon cards, hobbies that reflect his appreciation for strategy, exploration, and community engagement. He is also an avid football fan and enjoys following Liverpool F.C., proudly embracing the club's famous motto, “You'll Never Walk Alone” (YNWA). These interests provide him with opportunities to unwind, stay engaged with his passions, and connect with others who share similar interests.

Syafiq Tahir berkecimpung dalam bidang pengurusan pendidikan, di mana beliau menggabungkan perancangan strategik, pengurusan operasi dan komitmen yang tinggi terhadap pembangunan pelajar dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermakna. Dengan Ijazah Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA, beliau membawa pendekatan yang praktikal dan berorientasikan keberhasilan dalam dunia pendidikan, memastikan setiap program dan inisiatif dilaksanakan dapat menyokong kejayaan pelajar serta pertumbuhan institusi.

Syafiq mempunyai minat yang mendalam untuk membantu pelajar berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka. Beliau gembira apabila melihat pelajar dapat membina keyakinan diri, menguasai kemahiran baharu dan mencapai matlamat pendidikan mereka. Beliau juga gemar bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar, di mana beliau dapat menyumbang kepada keberhasilan yang bermakna, menyelesaikan masalah serta memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti secara keseluruhan.

Syafiq berhasrat untuk memperluaskan lagi capaian dan impak SAM supaya lebih ramai pelajar dapat menikmati peluang pendidikan serta persekitaran pembelajaran yang ditawarkan. Beliau komited untuk terus memantapkan program dan inisiatif yang menyokong perkembangan akademik, sahsiah dan potensi pelajar. Melalui kerjayanya, beliau berharap dapat menyumbang kepada ekosistem pendidikan yang memperkasakan pelajar untuk berjaya serta bersedia menghadapi cabaran dan peluang pada masa hadapan.

Di luar tanggungjawab profesionalnya, Syafiq gemar bermain Pokémon GO dan mengumpul kad Pokémon, hobi yang mencerminkan minatnya terhadap strategi, penerokaan dan interaksi komuniti. Beliau juga merupakan peminat tegar bola sepak dan gemar mengikuti perkembangan Liverpool F.C., sambil berpegang kepada semangat “You'll Never Walk Alone” (YNWA). Minat ini memberinya ruang untuk berehat, mengekalkan keseimbangan diri dan berhubung dengan individu yang berkongsi minat yang sama.