Zulmajdi Abd Rahman

Advisor

Penasihat

Zulmajdi Abd Rahman serves as an Advisor and is passionate about creating educational opportunities for every learner. Throughout his career, he has been inspired by individuals who have overcome challenging circumstances and achieved remarkable success when provided with the right support, guidance, and opportunities. His work is driven by the belief that every child deserves the chance to learn, grow, and realise their full potential.

Zulmajdi is particularly committed to supporting students who learn differently, face personal challenges, or do not thrive within traditional education models. He believes digital education plays a vital role in providing alternative pathways for these learners, enabling them to continue their educational journey with dignity, confidence, and hope. He also sees digital schooling as an important contributor to the national education landscape by complementing existing educational efforts and helping build a more inclusive, flexible, and future-ready learning ecosystem.

Looking ahead, Zulmajdi hopes to contribute towards an education system where every student, regardless of their circumstances, has access to learning pathways that suit their needs. He believes education should adapt to learners rather than expecting learners to fit into a single model. Through his work, he aims to strengthen the role of digital education as a trusted and impactful component of the national education ecosystem, creating greater opportunities for students who require flexibility, alternative approaches, or a second chance to pursue their aspirations. He believes that every learner who remains engaged, completes their education, and realises their potential contributes to building a stronger future for both communities and the nation.

Outside of his professional responsibilities, Zulmajdi enjoys spending quality time with family and close friends, preferring meaningful conversations and smaller gatherings. He has a keen interest in reading about religion, human behaviour, politics, and the life stories of influential figures, which he approaches as a source of reflection and personal growth. He also enjoys playing strategic mobile games as a way to relax while keeping his mind engaged. Most importantly, he values quiet moments of rest and reflection, finding that these simple activities help him remain focused, balanced, and present in both his personal and professional life.


Zulmajdi Abd Rahman merupakan seorang Penasihat yang sangat komited dalam mewujudkan peluang pendidikan untuk setiap pelajar. Sepanjang kerjayanya, beliau mendapat inspirasi daripada individu yang berjaya mengatasi pelbagai cabaran kehidupan dan mencapai kejayaan luar biasa apabila diberikan sokongan, bimbingan dan peluang yang sewajarnya. Beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi diri sepenuhnya.

Zulmajdi amat prihatin terhadap pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, menghadapi cabaran peribadi, atau kurang sesuai dengan model pendidikan tradisional. Beliau percaya bahawa pendidikan digital memainkan peranan penting dalam menyediakan laluan alternatif kepada golongan ini, yang membolehkan mereka meneruskan pendidikan dengan keyakinan dan harapan. Pada masa yang sama, beliau melihat sekolah digital sebagai pelengkap kepada landskap pendidikan negara yang mampu menyokong keperluan pembelajaran masa kini, serta membantu membentuk sistem pendidikan yang lebih inklusif, fleksibel dan sedia masa hadapan.

Zulmajdi berharap dapat menyumbang ke arah sistem pendidikan yang memberi akses kepada setiap pelajar untuk mengikuti pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan dan kondisi mereka. Prinsip beliau adalah, pendidikan perlu disesuaikan dengan keperluan pelajar, bukan pelajar yang perlu menyesuaikan diri dengan satu model pendidikan yang seragam. Melalui usahanya, beliau ingin memantapkan peranan pendidikan digital sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan negara yang diyakini dan memberi impak positif, serta membuka lebih banyak peluang kepada pelajar yang memerlukan fleksibiliti, pendekatan alternatif atau peluang kedua untuk mencapai cita-cita mereka. Beliau percaya bahawa setiap pelajar yang menerima perhatian yang mencukupi, menamatkan pendidikan dan menyedari potensi diri mereka, akan memberi sumbangan yang besar kepada masyarkaat dan negara.

Di luar bidang kerjaya, Zulmajdi gemar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan rapat, serta lebih gemar bersosial dalam kumpulan kecil berbanding majlis sosial yang besar. Beliau juga amat gemar membaca buku-buku berkaitan dengan agama, tingkah laku manusia, politik dan kisah kehidupan tokoh-tokoh berpengaruh sebagai sumber refleksi serta pembangunan diri. Selain itu, beliau menikmati permainan mudah alih berunsur strategi sebagai cara untuk berehat sambil mengekalkan ketajaman minda. Beliau turut menghargai saat-saat tenang untuk berehat dan bermuhasabah, kerana baginya, masa seperti ini membantu beliau kekal fokus, seimbang dan kekal cakna dalam kehidupan peribadi serta profesional.